Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran : Matematik
Kelas : Tahun 4 Amanah
Tarikh : 7 November 2012
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi (1 jam)
Bilangan murid : 25 orang
Bidang pelajaran : Pecahan
Objektif pembelajaran : Menambah nilai 2 pecahan wajar dengan
a) Sama penyebut
b) Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10
Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
Menambah nilai 2 pecahan wajar dengan
a) Sama penyebut
b) Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir.
Menambah nilai 2 pecahan wajar dengan sama penyebut dan berbeza
penyebut sehingga 10.
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
Bekerjasama dan patuh arahan guru dalam menjalankan aktiviti
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Nilai terbesar dan terkecil bagi pecahan wajar
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Kit pecahan - 1 set
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari nilai sebahagian pecahan daripada nilai keseluruhan pecahan.
Fasa
|
Isi Kandungan
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Nota
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
|
Membandingkan 2 nilai pecahan wajar
|
Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan demonstrasi
perbandingan pecahan menggunakan kit pecahan
|
Murid memberi perhatian
|
Strategi/
Teknik:
Tunjuk cara/ demonstrasi
|
Menstruktur/ Menstruktur semula idea
(30 min)
|
Menambah nilai 2 pecahan wajar dengan:
a)Sama penyebut
b)Pengangka 1
dan penyebutnya berbeza sehingga 10
|
1) Menyatakan contoh penambahan2 pecahan wajar yang sama penyebut .
2)Membahagikan murid kepada 5 kumpulan.
3)Mengedarkan 10 gambar rajah pecahan kepada setiap kumpulan murid
Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang
telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, diberi
penerangan kumpulan kecil
|
Murid memberi perhatian
Murid menjalankan aktiviti kumpulan
Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan
guru dalam kumpulan kecil
|
KBKK:
Sumbangsaran
Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas
Sikap saintifik dan nilai murni:
Bekerjasama dan patuh arahan
|
Aplikasi Idea
(15 min)
|
Menambah nilai 2 pecahan wajar dengan:
a)Sama penyebut
b)Pengangka 1 dan penyebutnya berbeza sehingga 10 secara lisan
|
Persoalan utama :
Adakah penyebut pecahan perlu ditambah?
|
Murid memberi respon
|
Strategi:
Perbincangan kumpulan
KBKK:
Sumbangsaran
|
Refleksi/
Penutup
(10 min)
|
Menambah 2 pecahan wajar sama penyebut.
|
Taksir kefahaman pelajar dengan
memberi lembaran kerja.
|
Pelajar menyelesaikan soalan pada lembaraan kerja secara individu.
|
Sikap saintifik dan nilai murni:
Yakin diri dan patuh arahan
|
0 comments: